KELEBIHAN
BULAN RAMADHAN
Mengenai kelebihan bulan Ramadhan,
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Bulan
Ramadhan ke bulan Ramadhan dan hari Jumaat ke hari Jumaat, dan satu sembahyang
ke sembahyang yang lain menjadi penebus dosa di antara keduanya, selama dijauhi
segala dosa besar.”
Bersabda Rasulullah s.a.w. mengenai
bulan Ramadhan:
“Bulan Ramadhan itu
ialah bulan kesabaran, dan ganjaran sabaran ialah masuk syurga”
Sabdanya lagi:
“Mulanya (bulan Ramadhan) rahmat, tengahnya pengampunan, dan akhirnya
merdeka dari api neraka.”
Sesungguhnya Allah Ta’ala kerap memerhatikan kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan. Siapa yang
mendapat perhatian Allah Ta’ala nescaya tidak disiksaNya. Dan seterusnya Dia
mengampunkan mereka pada malam akhir dari bulan Ramadhan.
Berkata Jibril a.s. kepada Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menemui bulan Ramadhan sedang
ia tiada diampuni Allah Ta’ala, nescaya ia akan dijauhi Allah dari rahmatNya.
Katakanlah amin! Mala Rasulullah s.a.w. berkata: Amin,”
Sebabnya begitu ialah, pada bulan
Ramadhan lebih mudah di cetuskan sebab-sebab mendapat pengampunan dari
bulan-bulan yang lain. Lantaran itu tiada seorang yang diharamkan memperoleh
keampunan pada bulan itu, melainkan ia terlalu banyak memalingkan diri dari
Allah Ta’ala, dan sangat berat pernentangannya, maka sebab itulah ia dijauhkan
dan diusir dari pintu Allah.
TERTIB
PUASA
Di antara tertib-tertib puasa yang
terpenting ialah, memelihara lidah supaya tidak berdusta, mencaci orang,
mencampuri urusan orang lain, mngekang mara dan telinga daripada mendengar atau
melihat sesuatu yang tidak halal, yang kira-kira dianggap tifak ada
kena-mengena dengan dirinya.
Seterusnya hendaklah ia menahan perutnya
dari makan dan minum pada waktu siang (waktu berpuasa). Hendaklah juga ia
mengelak menelan makanan yang haram, atau yang syubhat, terutamana sekali
ketika waktu berbuka puasa, wajib bagi ia berusaha mencari makan yang halal
untuk berbuka.
Seterusnya, setiap orang yang berpuasa
itu harus memelihara semua anggotanya dari berbuat dosa terutamanya maksiat,
dan menjauhkan dari segala urusan yang tidak mengenainya. Dengan itu, barulah
sempurna dan bersih puasanya.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Puasa itu adalah pendinding, maka apabila
seseorang kamu menepuh hari puasanya, hendaklah ia tiada bercakap kotor, tiada
berlaku jahat, tiada menjahili sesuatu hukum; jika orang mencercanya, atau
mengajak berkelahi, hendaklah ia mengatakan: Sesungguhnya aku ini sedang
berpuasa.”
Di antara tertib-tertib puasa yang lain,
iaitu hendaklah seorang yang berpuasa itu tidak terlalu banyak tidur di waktu
siang, terlalu banyak makan di waktu malam. Hendaklah ia sederhana dalam kedua
perkara tersebut, agar ia dapat merasakan pedihnya lapar dan dahaga, kelak
dengan itu jiwanya boleh terdidik, syahwatnya boleh menjadi kurang dan hatinya
akan bercahaya.
Seterusnya hendaklah ia meninggalkan
segala kemewahan dalam serba-serbi, dan memperbanyakkan makanan dan minuman
yang membuka selera dan yang lazat-lazat, sebagaimana yang telah kami huraikan
sebelum ini. Sekurang-kurangnya ia tidak melebihi kebiasaanya pada bulan
Ramadhan dalam menjamu selera, malah sama belaka dengan bulan-bulan yang lain
juga.
Ketika menghadapi Ramadhan, para salaf
rahmatullahi-‘alaihim sentiasa mengurangkan segala adat kebiasaan mereka
sehari-hari, mengekang kehendak dan tuntutan syahwat. Di samping itu mereka
banyak melebihkan amalan-amalan soleh.
Di antara tertibnya yang lain ialah,
hendaklah tidak terlalu banyak melibatkan diri di dalam urusan dunia pada bulan
Ramadhan. Tetapi hendaklah ia menumpukan dirinya untuk beribadat serta berzikir
kepada Allah sebanyak-banyak dan seboleh-bolehnya,. Tidak mengusahalam sesuatu
dari urusan dunia, melainkan yang perlu untuk dirinya dan orang-orang dalam
tanggungannya, seperti anak-isteri dan sebagainya.
Di antara yang sunnat bagi orang yang
berpuasa ialan menyegerakan berbuka puasa. Sebaik-baiknya dimulakan dengan buah
kurma, jika tiada, deimulakan saja dengan air. Nabis s.a.w. berbuka dahulu
sebelum menunaikan sembahyang Mahgrib.
Baginda bersabda:
“Umatku tetap
akan berada dalam kebaikkan, selama mereka menyegerakan berbuka puasa dan
melewatkan makan sahur(makan malam)”
SEMBAHYANG
TARAWIH
Sembahyang yang dikerjakan pada setiap
malam Ramadhan adalah sunnat yang harus dipatuh. Para salaf malam
rahmatullahi-‘alaihim membaca Al-Quran dari awal hingga akhir di dalam sembahyang
tarawih. Setiap malam dibacanya sekadar yang termampu sampai mereka khatamkan
Al-quran itu pada malam-malam yang tertentu di akhir bulan Ramadhan. Siapa yang
boleh mengikut tauladan ini, buatlah dan jangan dicuaikan, kerana segala
kebajikan yang dibuat dalam bulan ini adalah besar pahalanya.
Firman Allah Ta’ala:
“Dan setiap perbuatan baik yang kamu
sediakan untuk diri kamu terlebih dahulu, akan kamu dapati ia di sisi Allah.”
(Al-Baqarah: 110)
Barangsiapa yang tiada berpeluang untuk
mengikut jejak langkah para salaf dan amalannya, maka hendaklah berhati-hati,
jangan sampai terlalu meringan-ringankan sembahyang tarawih itu, sebagaimana
yang sering dilakukan oleh kebanyakkan orang yang jahil, sehingga ada setengah
mereka mencuaikan sesuatu rukun yang wajib di dalam sembahyang itu, seperti
meninggalkan tuma’ninah pada ruku’ dan
sujud oleh kerana terlalu cepat, ataupun tidak memerhatikan bacaan Al-Fatihah
menurut petunjuk yang harus dilakukan, kerana inginkan segera selesai.
Sembahyang tarawih yang sempurna, sama
seperti sembahyang-sembahyang fardhu lainnya, di mana harus ditunaikan dengan
baik berdirinya, bacaannya, ruku’ dan sujudnya, khusyu’ dan khudhu’nya, dan
juga terhadap semua rukun-rukun yang lain serta tertib-tertibnya. Jangan
sekali-kali membiarkan syaitan itu merajalela atas dirimu, kerana syaitan tidak
ada kuasa samasekali atas orang-orang yang benar-benar beriman, dan orang-orang
yang bertawakkal sepenuhnya kepada Tuhan. Hendakah golongkan dirimu ke dalam
kumpulan jamaah ini. Syaitan hanya boleh mempengaruhi dan berkuasa ke atas
orang-orang yang mematuhinya, dan kepada Allah Ta’ala mereka menyekutukan, maka
janganlah masukkan dirimu ke dalam kumpulan ini.
KEUTAMAAN
SEPULUH HARI TERAKHIR DAN MALAM LAILATUR-QADR
Adalah diriwayatkan, bahwa Nabi ‘alaihin-shalatu
was-salam sering menggandakan amal dalam bulan Ramadhan lebih dari bulan-bulan
yang lain. Dan dalam masa sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan pula,
baginda akan lebih rajin lagi beramal daripada seluruh bulan Ramadhan itu.
Nyatalah baginda melakukan yang demikian
itu, kerana keutamaan sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan itu dari
lain-lainnya dari bulan itu. Baginda juga telah menganjurkan kita supaya
mencari malam Lailatul-qadr pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari
terakhir itu juga.
Tegasnya setiap mukmin harus
berhati-hati menyediakan diri untuk mencari malam Lailatul-qadr itu pada setiap
malam dari malam-malam bulan Ramadhan. Hendaklah bersedia awal-awal lagi untuk
malam itu dengan meperbanyakkan amal soleh, kerana yang demikian itulah menjadi
tujuan utamanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan