ADAB
MEMBACA AL-QURAN
Di antara adab membaca Al-quran ialah Disunatkan
membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang
di baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk
mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa
memegang Al-Quran. Selain itu, disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang
bersih, seperti di rumah, surau, musollah dan tempat lain yang dianggap bersih.
Tempat yang paling utama adalah di dalam masjid. Disunatkan juga untuk
menghadap ke arah Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu' dan
tenang. Mulut hendaklah bersih, tidak
berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran, mulut dan gigi dibersihkan
terlebih dahulu.
Sebelum membaca
Al-Quran, disunatkan membaca ta'awwudz, iaitu meminta perlindungan Allah dari
gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati juga boleh dibaca
sebelum atau selepas membaca ta'awwudz. Disunatkan membaca Al-Quran dengan
tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang. Bagi yang memahami
maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan
pengertian tentang ayat-ayat yang di baca. Disunatkan membaca Al-Quran dengan
suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut. Seelok-eloknya,
ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada
diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran
hendaklah di jaga.
Allah berfirman:
“Itulah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh keberkatan
supaya mereka memperhatikan keterangan-keterangannya dan supaya orang-orang
yang mengerti dapat memikirkan.” (shad:29)
MEMBACA
AL-QURAN DENGAN TARTIL
Untuk memudahkan meneliti dan memahami
makna dan maksud Al-quran, cubakan diri anda membaca Al-quran dengan tartil;
iaitu memperelok bacaannya, tidak terburu-buru sehingga kurang jelas dan tidak
teratur. Tergopoh-gopoh dan terburu-buru di dalam membaca dan tidak
memerhatikan tartil sehingga tidak jelas dan kurang terang di dengar orang.
Firman Allah:
“Dan perelokkanlah bacaan Al-quran seelok-eloknya.”
Ummi Salamah (isteri nabi) dan para
sahabat yang lain pernah mensifatkan bacaan Rasulullah s.a.w., kata mereka:
Rasulullah s.a.w. membaca Al_quran dengan tartil yang baik, disebutkan
huruf-huruf Al-quran itu satu persatu.
Berkata Nabi ‘alaihis-shalatu was-salam:
Dikatakan kepada pembaca Al-quran:
Bacalah Al-quran itu dengan terang dan elok, sebagaimana engkau memperelok
bacaannya di dunia dahulu, maka sesungguhnya kedudukanmu ditentukan ketika ayat
yang terakhir engkau membacanya.”
MEMBACA
AL QURAN DENGAN BERLAGU
Membaca Al-quran dengan berlagu itu
adalah sangat dianjurkan, kerana yang demikian itu akan membantu menimbulkan
kesedaran di dalam hati, berkhusyu’ dan berhiba, dan menarik minat untuk
mendengar kepada bacaan Al-quran.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Perelok bacaan Al-quran dengan suaramu.”
Sabdanya lagi:
“Siapa yang tidak memperelok bacaan Al-quran(dengan suaranya) maka ia bukanlah
golongan dari kami.”
menarik. cuma warna kurang la
BalasPadam